//super awesome !
sweet owner

Navigation : touch hover image



Diaries Owner Linkies Stuff

hello peeps ! welcome to my blog . gomawo :D


Credits!

basecode: Nurul AtiQah
Edit by: Cikmimin
Re-Edited By: Syeera Noona
Others:   


Kisah Lori Sampah :'(

^_^


Mak pandang jenazah abang yang terbaring kaku. Walaupun muka sembap, perut 

membusung, namun mak nampak ketenangan pada wajah abang. 



Mak ambil pisau. Mak potong baju-T yang tersarung pada tubuh abang, baju terkahir yang

 abang pakai, Mak terpaksa potong kerana kerana baju itu tidak muat untuk melalui perut

abang yang 'buncit'.


Tapi, mak akan simpan baju itu. Mak tak cuci, sesekali boleh mak cium baju itu, sekadar

 pengubat rindu di hati. Kemudian abah kendong tubuh abang ke pangkin yang telah 

disediakan. Lalu abah dan mak mendikan jenazah abang. Hanya kami berdua. Mak tak mahu

 orang lain. Biar tangan abah dan mak yang menjiruskanair buat kali terakhir pada tubuh

 kecil abang. 



Mak nampak anak mata abah, berkaca-kaca, setitis dua air matanya tumpah, mengalir di

pipi, tapi cepat-cepat abah sapu dengan lengan sasanya.



"Bang, jangan menangis. Kita selesaikan hingga ke titisan terkahir," begitulah kata mak pada

 abah. Setelah abang dimandikan, mak bantu abah kapankan jenazah abang. Pun hanya

 kami 

berdua juga. biar tangan kami saja yang memakai dan membalutkan kain terakhir pada

 tubuh abang. 



"Kakak, jangan menangis. tak baik buat abang macam tu!"

Itu pesan mak semasa kakak-kakak mahu mengucup dahi abang buat kali terakhir. Abah

 pula selepas mengucup dahi abang, cepat-cepat abah menjauh memalingkan muka.

Mak nampak air mata abah berjuntaian membasahi pipi. Dan buat kali terakhir itu juga, mak

 usap dahi abang. Mak senyum, lantas kucup dahi abang. 

Mak bisikkan: "Abang tunggu mak di syurga ya!" 



Akhirnya, wajah abang 'ditutup'. Kami sembahyangkan abang buat kali terakhir. Ramai betul

 jemaah yang turut serta. Setelah itu, kami bawa abang ke tanah perkuburan.

Abah masuk ke dalam liang lahad untuk menyambut jenazah abang. Alhamdulillah, semua

 kerja dipermudahkan. Abang sudah selamat di sana. 



Bertubi-tubi mak terima ucapan takziah daripada tetamu yang datang. Abang nak tahu, ada

 satu soalan yang mereka tanyakan pada mak. 

Soalan itu asyik terngiang-ngiang di telinga mak. Tanya mereka: "Kakak uruskan jenazah

 anak kandung sendiri, tapi setitis air mata tak jatuh ke pipi? Kenapa kakak tidak menangis?"

 Itulah soalan mereka. 




Mereka hairan kenapa mak tidak menangis, sebaliknya bibir mak tidak lekang dengan 

senyuman. Kenapa mak masih mampu tersenyum di saat memangku sekujur tubuh yang

 pernah berada dalam rahim mak dulu? Empat tahun dua bulan mak membesarkan Abang.

 Mak selak helaian demi helaian paparan kertas dalam diari yang sedikit usang itu. Aduh!

 Banyak sungguh memori yang tercatat di dalamnya. Membacanya bagaikan meruntun jiwa

 mak kembali mengenangkan perjalanan derita Abang sejak lahir hingga menghembuskan

 nafas terakhir. Mata mak terpaku pada catatan peristiwa lebih kurang tiga bulan sebelum

 Abang pergi. Mak rasa, di sinilah terkandung jawapan yang mak cari-cari. Jawapan untuk

 soalan yang mereka tanya kenapa mak tidak menangis?



Mak akan bacakan sedikit rentetan diari ini supaya mereka tahu kenapa mak tidak menangis,

 sayang.



Januari 2011- Perut Abang semakin membusung kerana hati membengkak. kata doktor

, semua organ dalaman Abang sudah rosak, sudah 'reput'. Tidak boleh diselamatkan lagi.

 Tidak mengapa. Hati mak berkata, cukuplah! Tidak akan ada lagi pembedahan untuk 

Abang.



26 Februari 2011- Hari ini ulang tahun ke-4 abang. Dua hari sebelum itu, mak tanya, abang

nak kek apa? Abang jawab, nak kek lori sampah! Hah Hah.. Tergelak mak. Abang suka 

sangat melihat lori sampah yang lalu setiap pagi depan rumah. Sebab itu abang nak kek

 bentuk lori sampah, Puas mak dan abah melilau sekitar Kuala Lumpur , tetapi tak jumpa kek

 macam tu. Tak ada yang sanggup buat kek macam yang Abang minta. Mak kecewa! Selama 

ini, mak tunaikan apa saja permintaan Abang, tapi kali ini mak gagal. Mak belikan kek coklat

 strawberi sebagai pengganti. Dengan perut membusung, dada berombak kerana sukar 

bernafas, Abang masih tersenyum dan nampak ceria melayan rakan-rakan yang datang, 

sama-sama menyanyikan lagu hari jadi abang. Dan ketika itu, hati mak sudah terdetik, 

mungkin ini hari jadi abang yang terakhir.



7 Mac 2011- Keadaan abang semakin kritikal. Perut abang semakin membesar. Abang tidak

 mampu untuk bergerak dan lebih banyak terbaring serta asyik sesak nafas. Mak semakin

 tidak tahan melihatkan keadaan Abang sebegini rupa. Mak bawa Abang ke IJN, rumah 

'kedua' abang sepanjang tempoh hayat Abang. Kata doktor, tiada apa yang boleh dilakukan

 lagi. Abang hanya menanti waktu. mak angguk perlahan-lahan. Mak redha dengan 

ketentuan ilahi. Dalam hati mak juga terdetik, masa Abang sudah tidak lama lagi. Para ibu di

 wad tersebut asyik bertanya pada mak, macam mana dengan keadaan Abang? Mak cuma

 mampu untuk jawab, "InsyaAllah, Abang akan sihat!" Mak terpaksa cakap begitu pada 

mereka, sebab mak tidak mahu mereka semua lemah semangat jika mereka tahu Abang 

sudah tiada harapan lagi. Mereka pun sedang bertarung dengan ujian Allah apabila anak-

anak yang dikasihi ditimpa penyakit. jadi biarlah jawapan yang mak beri itu kedengaran

 manis pada telinga mereka. Pahitnya, biarlah mak sendiri yang telan.



13 Mac 2011- Hari ini merupakan hari Ahad. Mak pinta kebenaran doktor untuk bawa

 Abang pulang kerumah . Doktor izinkan. Biarlah Abang habiskan waktu-waktu terakhir 

bersama 

keluarga. Dan disaat-saat akhir ini, mak mahu tunaikan apa saja permintaan Abang. Di 

rumah, setiap hari mak akan tanya, "Abang nak apa harini?"

Mak masih ingat pada suatu pagi, abang menjawab, "Mak, Abang nak naik kereta bomba!"
Mak termenung dengar permintaan Abang. Bila abah pulang ke rumah, terus mak ajak abah

 keluar. Abah tanya pergi mana?

Mak jawab, "Balai bomba!"

Sampai di situ, mak meminta izin daripada pegawai bomba. Mak kata padanya, Abang 

teringin sangat nak merasa naik ke dalam trak bomba. Pegawai itu cuma garu-garu kepala,

 kemudiannya menggeleng-gelengkan kepala. Belum sempat pegawai bomba itu menjawab,

 lantas mak tarik baju Abang ke paras dada.

Separuh berbisik, mak beritahu pegawai itu, "Encik, ini anak bongsu saya dan hanya menanti

 masa untuk 'pergi'! Benarkan saya tunaikan impian terakhirnya ini!" Bila lihat perut Abang

 yang buncit dan dada dipenuhi kesan parut dan jahitan, pegawai itu tidak tunggu lama.

 Terus dicapainya kunci, dibuka pintu salah satu trak bomba itu. Lantas dia terus dukung 

Abang dan letakkan Abang ke atas tempat duduk bahagian pemandu. Abang nampak

 gembira sangat biarpun cuma 15 minit abang di dalam trak itu. Tetapi Abang tidak perasan,

 ketika itu mak palingkan muka selama lima saat. Sekadar mahu mengelap titisan air mata 

yang mula bertakung.



Hari lain, mak tanya lagi pada abang, "Abang nak apa?"

Abang pun jawab: "Abang nak naik lori sampah!" Mak dukung Abang, tunggu depan rumah.

 Bila lori sampah lalu pagi itu menjalankan rutinnya mengutip sampah, Mak tahan lori itu.

"Encik, anak saya teringin naik lori ni. Boleh izinkan sebentar?" Pekerja itu tertawa

 mendengar kata-kata mak. Kemudian, mak angkat baju Abang dan beritahu perkara sama.

 Terus berubah mimik wajah mereka. Segera mereka angkat Abang, letakkan di tempat

 duduk pemandu. Ada antara pekerja itu yang memalingkan muka, tak sangup untuk melihat

 Abang lama-lama. Sedih agaknya. Begitulah seterusnya. Setiap hari, mak akan tanya 

pertanyaan yang sama. Kalau Abang nak tengok gajah, mak akan bawa Abang pergi zoo. 

Walaupun abang tak larat jalan, tak apa.



Mak dan abah tidak kisah, kami silih berganti dukung Abang. Abang pinta nak tengok

 burung, mak bawa Abang ke taman burung. Abang nak main permainan robot, mak bawa

 ke kompleks beli-belah yang ada permainan seperti itu. Ke mana saja Abang nak pergi dan 

apa sahaja yang Abang inginkan, semuanya mak tunaikan! Setiap hari juga mak tanya 

Abang nak makan apa. Macam-macam Abang teringin nak makan. Murtabak, nasi paprik,

 milo ais, cendol, air tebu, air bandung , rojak dan macam-macam lagi, semuanya mak

 tunaikan walaupun makanan itu Abang pinta pada pukul 3.00 pagi. 

Mak tahu dan faham, masa Abang bersama mak dan abah semakin suntuk!



27 Mac 2011- Abang semakin kritikal! Abang sudah tidak mampu untuk berkata-kata, 

apatah

 lagi untuk bergerak seperti biasa. Mata Abang kuyu dan Abang hanya mampu terbaring 

sambil memeluk Aina, anak patung kesayangan Abang. Mak segera pinta abah bawa Abang

 ke hospital.

"Kali ini kita bawa abang ke IJN, tapi kita mungkin akan keluar dengan tubuh abang yang

 sudah tidak bernafas!" Itulah kata-kata mak pada abah sebelum bertolak ke IJN. Mak mahu

 abah bersedia dan redha jika apa-apa berlaku. Sampai di IJN, abang terus ditempatkan di 

wad khas untuk pesakit kritikal.



 Mak telefon sekolah asrama Kakak sulung di Seremban. Mak minta pelepasan

 daripada cikgu untuk benarkan Kakak pulang.

"Adik tenat. Saya mahu kakak-kakaknya berada di sampingnya pada saat terakhir!" Mak pinta

 pada cikgu dan Kakak diizinkan pulang. Kemudian, Dr. Adura, doktor yang sinonim

 merawat abang juga datang melawat. Ketika itu mak ceritakan yang mak terkilan sangat

 tidak dapat tunaikan permintaan Abang yang mahukan kek berbentuk lori sampah.



7 April 2011- Pagi ini Dr. Adura datang melawat Abang lagi. Kemudian Dr. Adura beritahu

 ada surprise untuk Abang tengah hari ini. Rupa-rupanya, tengah hari itu tetamu yang juga

 rakan-rakan alam maya Dr. Adura datang membawa kek lori sampah yang Abang mahukan

 sebelum ini. Ada dua kek mereka bawa. Mak tak sangka, Dr Adura rajin menulis mengenai

 kisah abang didalam blognya dan ramai yang menawarkan diri untuk menyediakan kek

 yang abang pinta. Para tetamu bersama jururawat dan doktor menyanyikan lagu selamat 

ulang tahun untuk Abang. Tetapi abang kurang ceria, wajah Abang tampak letih dan nafas

 abang turun naik.



8 April 2011- Tengah hari ini, masih ada lagi tetamu datang membawa kek berbentuk lori 

warna pink untuk abang. Tetapi abang sangat lemah. Abang sekadar terbaring merenung 

kek itu. Malam itu, semasa jururawat mengambil tekanan darah Abang, bacaanya meningkat 

naik. Tetapi hati mak dapat merasakan yang Abang sekadar mahu meredakan keresahan hati

 mak. Malam itu, hanya mak berdua dengan Abang berada di dalam bilik. Mak pandang sayu

 wajah abang yang semakin lesu dan pucat. Mak duduk di sebelah Abang, mak peluk dan

 usap rambut Abang. Mak menangis teresak-esak bagai anak kecil.



Dalam tangis itu, mak katakan pada Abang, "Mak tahu Abang nak senangkan hati mak

. Abang tak perlu buat macam tu. Mak tahu Abang nak pergi. Jangan tahan-tahan Abang. 

Pergilah menghadap Ilahi. Mak sudah sedia. Mak redha segalanya. Mak puas dapat 

sempurnakan apa sahaja hajat yang Abang pinta. Mak juga bangga kerana Allah hadirkan 

Abang dalam hidup mak walaupun seketika."



Abang hanya diam, memandang mak dengan pandangan lesu. Dan ketika itu mak menangis

 sepuas-puasnya. Mak juga berjanji bahwa mak tidak akan menangis lagi selepas itu! Ya,

 mak tidak akan menangis lagi biarpun abang sudah tiada lagi di dunia.



9 April 2011- Pagi itu mak pesan pada abah agar bawa semua anak-anak datang ke 

hospital.

 Masa Abang dah dekat sangat. Mak lihat Abang sudah kritikal. Wajah Abang sudah tampak

 biru, lebam! Dada Abang berombak, tercungap-cungap menarik nafas.



Abang sudah tidak mahu makan dan minum lagi sejak malam tadi. Pukul 8.00 pagi, abah

 dan kakak-kakak sampai. Mak suruh Kak Long bacakan Yaasin di sebelah Abang. Mak suruh

 abah baca juga, tapi bacaan abah tersekat-sekat kerana cuba menahan tangisnya.



Pukul 3.00 petang, Abang semakin lesu. Lantas mak ajak Abang keluar berjalan-jalan.

"Abang, abang nak tengok matahari tak? Jom kita turun kantin minum sambil tengok

 matahari!"

Abang hanya mengangguk lemah. Mak dukung Abang dan kita satu keluarga turun ke

 kantin. Abang mahu minum air coklat. Tapi Abang hanya minum seteguk. Kemudian, 

Abang lentukkan kepala pada bahu mak.



"Abang, tu tengok kat luar tu? nampak tak sinar matahari tu? Cantikkan?" Mak tunjuk pada 

abang sinar matahari yang kelihatan di celah-celah rintik hujan yang turun waktu itu. Abang 

angkat kepala melihat ke arah matahari itu. kemudian, abang menguap.

"Abang ngantuk!" Itu kata Abang dan kemudian abang terlentuk semula pada bahu mak.

 Tiba-tiba jantung mak berdegup kencang. "Bang, jom naik. Abang nak 'tidur'! Mak terus

 ajak abah dan kakak-kakak naik semula ke wad walaupun mereka belum sempat jamah 

makanan di atas meja.



Sampai sahaja di wad, mak terus baringkan Abang di atas katil.

Dan Abang terus merintih dalam nada yang lemah, "Makkk..sakit perut..!" 

Suara Abang amat perlahan dan amat sayu bunyinya. Lantas mak letak tapak tangan mak

 atas dahi Abang.



"Abang, hari ini, waktu ini, mak redhakan Abang pergi. Mak halalkan segala makan minum

 Abang. Mak halalkan air susu mak untuk Abang. Pergilah Abang. Mak izinkan Abang pergi!"

 Mak ucapkan kata-kata itu sambil merenung jauh ke dalam mata Abang yang semakin kuyu

. Saat Abang sedang nazak itu, mak panggil kakak-kakak agar mengucup Abang selagi 

Abang masih bernafas. Mereka kucup pipi Abang bertalu-talu dan mula meraung dan 

menangis.



"Kakak! kalau kamu semua nak menangis, keluar dari bilik ini. Mak tak mahu Abang dengar 

kamu menangis! Jangan seksa Abang dengan tangisan kamu semua!" Mak marah mereka

. Mak tidak mahu Abang lihat kami menangisi pemergian Abang. Mak tahu, Abang akan jadi 

lebih sedih dan berat hati untuk pergi bila melihat kami menangis di saat akhir sakaratulmaut

 menjemput Abang. Mak tidak mahu tambahkan lagi kesedihan Abang untuk meninggalkan

 kami. Abah pula hanya berdiri di penjuru bilik, meraup wajah menahan suara tangisannya.



 Jururawat yang ada dalam bilik juga menangis, mak suruh jururawat keluar dan tutup tirai 

bilik itu. Mak tak mahu orang luar lihat. Mak tak mahu ada orang menangis di saat Abang

 akan pergi. Setitis dua mengalir juga air mata mak. Tapi mak masih mampu tersenyum.



"Pergilah Abang. Mak izinkan. Mak izinkan.. pergilah.."

Dan perlahan-lahan mata abang yang layu tertutup rapat, genggaman tangan Abang pada

 jari mak semakin lemah dan akhirnya terlepas...



Pukul 3.50 petang, akhirnya Abang meninggalkan dunia fana ini. Innalillahiwainnailahirajiun.

Mak kucup dahi Abang. Mak bisikkan di telinga Abang, "Tenanglah Abang di sana . Suatu

 hari nanti, mak juga pasti akan turuti jejak Abang. Abang... tunggu mak di sana ya! Di 

syurga!"



Abang, sekarang mak sudah dapat jawapanya. Mengapa mak tidak menangis? Pertama,

 Abang telah di takdirkan menjadi ahli syurga yang akan membantu mak di sana nanti

. Kedua, apa saja keinginan Abang semasa hayat abang telah mak tunaikan. Tiada lagi rasa 

terkilan di hati mak. Ketiga, segala hutang sebagai seorang ibu telah mak langsaikan semasa

hayat Abang. Mak telah sunatkan dan buat akikah untuk Abang. Keempat, mak telah

 menjalankan tanggungjawab sepenuhnya, sentiasa berada di sisi Abang dan 

menggembirakan Abang setiap saat dan waktu. Kelima, mak rasa istimewa dipilih Allah

untuk mendapat anak seperti Abang. Mak jadi 'kaya' dengan kehadiran Abang. Kaya

 kesabaran, kaya tawadhuk, kaya keredhaan , kaya keimanan, kaya kawan, kaya ilmu, dan

kaya pengetahuan. Mak telah beri segalan-galanya melebihi seratus peratus untuk Abang.

 Mak telah beri yang terbaik dan mak telah berusaha hingga ke garisan penamat. Sebab itu

 mak tidak perlu menangis lagi.



Abang.. biarpun kini hidup mak dan abah terasa sunyi dan kosong tanpa Abang tapi... mak

 akan sentiasa tersenyum mengenangkan saat-saat terindah kehadiran Abang dalam hidup

 kami biarpun cuma sebentar. Abang dalam kisah ini adalah adik Iqbal Fahreen Hamdan,

 anak bongsu daripada lima beradik. Abang masuk hospital seawal usia dua minggu akibat

 menghidapi lima jenis kompilasi jantung termasuklah kekurangan injap, jantung berlubang

 dan saluran sempit. Abang telah menjalani pelbagai siri pembedahan seawal usia dua bulan

 dan ada antara pembedahannya yang gagal, malah abang pernah disahkan 'mati' apabila 

jantungnya berhenti berdenyut. Walaupun pada awalnya doktor mengjangkakan hayat abang

 tidak lama selepas lahir ke dunia, namun ternyata anak kecil ini mampu bertahan sehingga

 usia empat tahun untuk meninggalkan kenangan terindah dalam hidup Jamilah (ibu) dan

 Hamdan (bapa).





Al-Fatihah buat Allahyarham adik Iqbal Fahreen.


Sebuah kisah benar menyayat hati yang melambangkan kasih sayang seorang ibu kepada 

anaknya.