//super awesome !
sweet owner

Navigation : touch hover image



Diaries Owner Linkies Stuff

hello peeps ! welcome to my blog . gomawo :D


Credits!

basecode: Nurul AtiQah
Edit by: Cikmimin
Re-Edited By: Syeera Noona
Others:   


Ziarah kubur ketika hari raya suatu adatkah?

^_^



































setiap tahun time raya pertama Aidilfitri...
pagi-2 tuh..
semua orang xkre lelaki...perempuan...
tua..muda...even kanak-2 pn ramai g masjid..surau..
menunaikan solat aidilfitri kan..
mmg xdapat dinafikan...
situasi sebegini telah menjadi kelaziman umat islam...
malahan utk mendekatkan lagi dengan tuhan..
mngeratkan lagi silaturahim sesama umat islam....

setelah itu....
hampir kebanyak-kan keluarga akan menziarahi...
kubur-2 ahli keluarga mereka yg telah dijemput oleh tuhan dahulu...
membaca yaasin...sedekahkan al-fatihah...
semua itu utk kesjahteraan buat mereka di alam sana....
namun mengapa situasi ini berlaku hanya ketika waktu perayaan jew...
knp xwktu lain jugakk.??
waktu nk raya jew kita baru ingat dorg...
sebelum atau selepas raya x ingat dh ker?
dan...
kenapa mesti menziarahi kubur pada hari raya pertama...
stelah disoal oleh classmate saya...
saya terpanggil untuk membuat entry kali ni berkaitan dengan hukum menziarahi kubur di hari raya pertama...


Menziarahi kubur dihari aidilfitri sebenarnya tidak di sunatkan 
untuk melalkukannya, kerana ianya tidak mempunyai nas yang qati' dari Al-Quran 
atau pun Sunnah Nabi kita Muhammad s.a.w.
 
Mufti kerajaan Perak telah beberapa kali menjawab soalan tentang perkara 
tersebut melalui Perak FM, Sohibul Samahah  (mufti) menyatakan bahawa
pada hari raya kita sewajarnya bergembira untuk melahirkan rasa kejayaan
kita kerana dapat menunaikan puasa ramadan dan amal ibadat yang lain sepanjang 
ramadan, dia bukannya satu hari untuk kita bersedih pilu ku tanah perkuburan.
 
Menziarahi kubur pada hari raya ini hanyalah adat orang melayu, kerana kita 
telah melihatnya sejak kita masih kecil dulu, maka, oleh kerana ianya dilakukan 
sepanjang masa, pada pandangan saya yang melihat dan ikut serta menganggapkan 
sebagai satu ibadat.



Ziarah kubur pada waktu khusus seperti yang berlaku pada Hari Raya boleh
menyebabkan dosa kalau kita menganggapnya sebagai satu suruhan agama
padahal tidak ada sebarang suruhan menziarahi kubur pada hari yang
tertentu.

Sehubungan dengan itu, apakah menziarahi kubur pada hari raya dapat mendatangkan kesan yang positif kepada umat Islam iaitu dapat mengingati kematian dan hari akhirat? 
Sekiranya jawapannya adalah ‘Ya’, maka amalan yang seumpama ini bolehlah diteruskan. 
Akan tetapi, sekiranya jawapan bagi persoalan ini adalah ‘Tidak’, maka ia perlu diselidiki dan diteliti. 
Apatah lagi, pada kebiasaannya, selepas menunaikan solat hari raya, 
masyarakat Islam secara beramai-ramai pergi ke kubur dan telah berlaku seolah-olah satu temasya perayaan di tanah perkuburan dengan pakaian yang berwarna-warni, 
hiruk-pikuk gelak ketawa setelah berjumpa sahabat handai dan sebagainya yang menafikan ingatan kepada kematian dan hari akhirat. 

Tambah menyedihkan lagi ialah apabila berlakunya percampuran dan pergaulan bebas di antara lelaki dan wanita di tanah perkuburan!. 
Amat malang apabila sesuatu yang diharapkan menjadi ibadat bertukar menjadi maksiat.


ramai yg tidak mahu ambil berat hal seperti ini..
namun..
tanpa kita sedari hal seperti ini lah yg kita kerap  disalah-ertikan..
sebagai umat islam yg prihatin...
usaha lah anda mngambil tahu..
apa yg dilarang..
apa yg dicegah..
apa yg disuruh....
oleh tuhan [ALLAH SWT.]

*tiada manusia yg sempurna...namun dengan usaha..anda mungkin antara yg sempurna..